Dialek dan keturunan Bahasa_Arab

[[File:Arabic Dialects.svg|thumb|kanan|300px|Dialek-dialek bahasa Arab.}}{{Main|Keragaman bahasa Arab]]

Bahasa Arab basahan' ialah kata kolektif buat aneka ragam bahasa Arab yang diguna pakai di seluruh pelosok dunia Arab. Bahasa basahan ini amat berbeza daripada bahasa sastera. Pembahagian utama adalah antara aneka di dalam dan di luar semenanjung Arab, diikuti oleh perbezaan antara jenis di bandar dan jenis-jenis Badwi yang lebih konservatif. Semua jenis yang ditutur di luar semenanjung Arab (yang merangkumi bilangan penutur terbesar) mempunyai kesamaan ciri-ciri yang tidak terdapat dalam bahasa Arab Klasik. keadaan ini membawa kepada para penyelidik untuk mengutarakan hujah bahawa terdapat dialek koine yang berprestij pada zaman satu atau dua abd selepas penaklukan Arab, dan ciri-ciri ini menular kepada wilayah-wilayah yang baharu ditakluk. (Ciri-ciri ini hadir sedikit sebanyak di dalam semenanjung Arab. secara amnya, jenis-jenis semenanjung Arab ini mempunyai kepelbagaian yang lebih daripada jenis-jenis di luar semenanjung Arab, akan tetapi kurang dikaji.)

Dalam kalangan jenis di luar semenanjung Arab, perbezaan terbesar adalah antara dialek Afrika Utara dan yang lain. Bahasa Arab Magribi khususnya, tidak dapat difahami oleh penutur bahasa Arab yang tinggal di sebelah timur Libya (mahupun keadaan sebaliknya tidak berlaku kerana filem dan media lain dalam Bahasa Arab Mesir amat popular).

Satu faktor dalam perbezaan antara dialek ialah pengaruh bahasa-bahasa yang terdahulu di wilayah-wilayah tersebut. Secara tipikal, bahasa-bahasa ini menyediakan banyak kata-kata baharu dan kadang kalanya juga mempengaruhi sebutan atau urutan kata. Namun demikian, faktor yang lebih penting buat kebanyakan dialek ialah, sama seperti yang terdapat dengan bahasa-bahasa Romawi, pengekalan (atau perubahan maksud) bentuk-bentuk klasik itu. Justeru, aku dalam dialek Iraq, fīh buat Levant dan kayən untuk Afrika Utara semua membawa makna "terdapat" atau "ada", dan kesemuanya berasal daripada bentuk-bentuk bahasa Arab Klasik (masing-masing yakūn, fīhi, kā'in), akan tetapi berbunyi amat berlainan daripada yang asal.

Kumpulan utama adalah:

Aneka lain termasuk:

  • Ḥassānīya (di Mauritania dan Sahara barat)
  • Arab Andalusia (pupus (kawasan lembah Andalusia di Sepanyol))
  • Arab Sudan (dengan dialek berterusan ke dalam Chad)
  • Bahasa Arab Hijaz (pesisiran barat Arab Saudi, Utara Arab Saudi, Jordan timur, Iraq Barat)
  • Arab Najdi (kawasan Najd dari Arab Saudi tengah)
  • Arab Yaman (Yaman ke selatan Arab Saudi)
  • Arab Kristian (kawasan Kristian yang bercakap Arab)
  • Arab Uthmaniyyah (kawasan yang meliputi Barlik, lembah di Rusia dan Turki)
  • Arab Nad'i (kawasan Nadh' (Afghanistan, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan kecuali lembah salji utara Pakistan)

Malta, dimana dituturkan pada pulau Mediterranean Malta, adalah hanya satu yang didirikan sendirinya sebagai bahasa asing lengkap, dengan norma kesusasteraan bebas. Ia jatuh di dalam kumpulan Arab Magreb, walaupun banyak bunyi berubah telah dijadikan fonologikalnya amat berlainan dari saudara terdekatnya, Arab Tunisia. Ia juga mengandungi sebilangan besar pinjaman Itali dan Inggeris.